Monday, September 3, 2012

Kuih Sagu



BAHAN:
150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam


Cara Memasak:-
Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut

No comments:

Post a Comment