Resepi Pulut

    

PULUT SERIMUKA/SERIKAYA
MENGGUNAKAN PEMANGANG SERBAGUNA MASTER KITCHEN (KOREA)
Resepi disediakan oleh Puan Foziyah.

Pemanggang Serbaguna

BAHAN2:
3 cawan beras pulut
3 cawan air
RM1 santan pekat
sedikit garam

CARANYA:
Masak pulut dalam pemanggang seperti masak nasi menggunakan santan dan 3 cawan air.Tutup sekejap bila mendidih.Kacau hingga rata.Kemudian tutup kembali sekejap.Kacau lagi hingga rata sambil tekan2 bagi padat kemudian tutup kembali pemanggang dan biarkan di atas api yang kecil sambil sediakan bahan B.

BAHAN B
2-3 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawan gula
2 biji telor
sedikit garam
 pewarna hijau
1 cawan tepung gandum
RM1 santan pekat

CARANYA :
Kisarkan daun pandan dgn 2 cawan air.Tapis dan ambil airnya.
Campurkan air daun pandan ,tepung,gula,telor,garam,pewarna hijau dan kisar/putar.
Tuangkan adunan ke atas pulut tadi.
Masak selama 45 min di atas api yang kecil.

*Pemanggang ini menjimatkan penggunaan gas memasak,minyak masak dan masa.
Berminat sila email  hamzahbiz09@gmail.com





Pulut Serimuka 

 

Ini resipi tok yang Mak dah formalizekan.  Sebab resipi orang tua-tua, semua main agak-agak.  Mana mungkin orang macam saya yang tak pandai masak ni, nak cuba.

1 1/2 cawan beras pulut
2 cawan santan
4 biji telur
1 cawan gula
sedikit kulit kayu manis - ditumbuk halus
1/2 cawan pati santan - diperah dengan air daun pandan

  • Masak pulut dengan 2 cawan santan dan sedikit garam dalam loyang sehingga masak.
  • Sementara itu, pukul telur, gula, santan dan air daun pandan serta serbuk kulit kayu manis sehingga sebati.
  • Tapiskan.
  • Bila pulut masak, tekan supaya kejap dengan daun pisang.
  • Tuang adunan telur dan santan ke atasnya dan kukus sehingga masak.



PULUT KUNING

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping

2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut..

daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]

1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara membuat
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan.
5. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging. 


Resepi Lemang Daun Pisang

Resepi datang lagi .. hahahaha ..pelbagai komen yang saya dapat bila saya sebut nak buat lemang daun pisang dalam entri lepas kan .. so sekarang meh saya bagi resepi dan gambar. Bagaimanakah rupa lemang yang dibungkus dengan daun pisang tu ?? ok .. bila di potong lemang tu rupanya sebijik serupa mcm lemang yang di perbuat dari buluh , yang bezanya pembuatan lemang daun pisang ni lebih mudah tak perlu buluh dan bakar guna kayu api bagai , sesuai ler dengan keluarga saya yang ramai perempuan dari lelaki ..renyah tau nak buat lemang buluh tu huhu..
lemang 003 Resepi Lemang Daun Pisang sukatan masak pulut Resepi Lemang Daun Pisang Resepi Lemang Daun Pisang casa masak pulut
Resepi Lemang Daun Pisang
Ini lah rupanya bila lemang tu dah di balut dengan daun pisang dan sedia untuk di kukus … menarik tak ? nak ikat dengan tali tu mudah saja , tk perlu takut .. siapa yang pernah masak lopeh mesti tahu cara ikatan di atas ..
lemang 001 Resepi Lemang Daun Pisang sukatan masak pulut Resepi Lemang Daun Pisang Resepi Lemang Daun Pisang casa masak pulut
daun pisang untuk di buat lemang
Sebelum buat lemang daun pisang mesti lah sediakan daun pisang dengan banyaknya .. di Kl ni saya beli tau satu lembar daun pisang 30 sen ..perghh ..
lemang 002 Resepi Lemang Daun Pisang sukatan masak pulut Resepi Lemang Daun Pisang Resepi Lemang Daun Pisang casa masak pulut
Pulut tanak dengan santan
Dan juga tak di lupakan pulut untuk di buat lemang , heheh jangan buat-buat lupa pula! Bebel dah cukup panjang ke belum ? kalau dah meh tengok resepinya pula !
Bahan pulut :
Pulut (Mengikut suka hati korang lah berapa kilo yang ada)
Santan pekat / Pati santan.
Sedikit garam dan gula.
Untuk bungkusan :
Daun pisang
Tali
Masak Pulut dengan santan dahulu , masukkan sedikit garam dan gula dengan api perlahan , kacau dan biarkan separuh masak.
Dah siap separuh masauk boleh lah mulakan membungkus dengan menggunakan daun pisang.
Setelah di bungkus , korang masukkan dalam periuk kukus dan kukus sehingga layu daun pisang selama 30-45 minit mengikut saiz lemang tersebut.
Tips masak pulut :
1- Nak senang masak pulut tanpa ada kerak , eloklah di kukus ..
2- Sukatan apabila masak pulut , pastikan santan di masukkan tenggelamkan pulut dalam 1 inci sahaja.
sekian ,
Pstt : gambar lemang yang di potong tak de , sebab saya tolong orang masak di rumah orang nih , saya tak ambil lah gambar semasa lemang nih dipotong . kaber cun! perghhh hahaha…lainkali saya buat saya upload k!

Kueh Lopes dari blog fzmenu

 








Buat kueh lopes ini ekceli untuk menu kueh berbuka di hari mula2 berpuasa. Saya buat banyak terus... 1kg pulut.... jadi dapat lah simpan dalam freezer untuk makan dua tiga kali. Senang, hanya kukus balik kemudian biarkan ia sejuk sampailah time nak makan waktu berbuka tu.

Kueh lopes ni antara kueh yang sering ada masa kami sesekali buat kenduri atau makan2. Dah la sedap dan tak jemu makan, buatnya pun senang dan tak ambik banyak masa kita kat dapur.

Bila dah direbus malam sebelum tibanya hari makan2 tu, tinggal tunggu potong je sekali arung keesokan nya dekat2
time tetamu nak datang.... Senang, takde lah saya terkejar2 nak layan buat kueh di saat2 tengah sibuk masak nasi dan lauk-pauk :)

 

 Resepi Kueh Lopes
*up-date 25hb Oct, 9.25 mlm*

Bahan2nya:



  • Beras pulut setengah kilo *seeloknya direndam semalaman*
  • pati dari air perahan daun pandan
  • kelapa parut + garam
  • air manisan
  • daun pisang untuk membalut lopes
  • tali rafia untuk mengikat
Cara buatnya:
  1. Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian ditanak dengan air yang bercampur pati daun pandan.
  2. Tanak separuh masak sambil dikacau2 supaya tidak hangit.
  3. Bila sudah kering air dan pulut agak separuh kental, mulalah menggulungnya di dalam daun pisang yang dah siap dilayur sebelum itu.
  4. Ikat di kedua2 hujung daun pisang dengan tali rafia. Ikat lagi di bahagian tengah supaya tidak pecah semasa merebus.
  5. Bila siap semua, rebuslah ia selama 1 - 2 jam.
  6. Toskan dan biarkan sejuk sebelum dihidang. *saya selalunya buat lopes malam untuk hidangan hari esoknya*
Cara hidangan:
  1. Kueh lopes dipotong sederhana tebal kemudian disalutkan pula dengan kelapa parut yang dah siap2 dibubuh garam.
  2. Hidangkan dengan air manisan.


PULUT PANGGANG [hanieliza]

Pulut
3 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
4 cawan santan
sedikit garam

Inti pedas/serunding
200 gm udang kering
200 gm udang basah [jika suka]
1 biji kelapa muda [parut]
1 helai daun kunyit [mayang halus]

bahan mesin:
10 biji cili kering
2 batang serai
5 ulas bawang merah
1 s/b  lada hitam
Sedikit kunyit
garam  dan gula secukup rasa

Daun pisang untuk bungkus
lidi kelapa

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam kuali dan gorengkan sehingga agak2 kering.
2. Tutup api dan masukkan dalam pinggan. Sejukkan.
3. Masukkan pulut,santan dan garam dalam loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Keluarkan pulut yg telah masak dan sejukkan.
6. Potong daun pisang anggaran yg diperlukan dan bersihkan.
7. Masukkan sedikit pulut ditengah daun dan rata.
8. Letakkan inti pedas dan gulungkan daun pisang.
9. Sematkan kedua hujung pulut yg telah dibungkus dan sapukan sikit minyak didaun pisang tu. Potong hujung daun pisang yg berlebihan.
10. Bakar dalam kuali atas api yg sederhana. 


~ WAJIK ~ [ROSSYA fotopages]

Bahan2:-
500 gm pulut
50 gm gula pasir
750 gm gula melaka ( kak rossya campur sedikit gula timbang [brown col sugar] )
1 cawan isi durian
3 helai daun pandan
375 ml santan pekat
11/2 cawan air
sedikit garam

Cara2:-
Cuci bersih pulut dan rendam semalaman.Pada keesokan hari,pulut ini hendak lah dikukus sehingga masak.Sementara itu masak gula Melaka, gula pasir,garam,daun pandan dengan 1 1/2 cawan air,sehingga gula larut.Kemudian tapis.Masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali.Masukkan isi durian, kacau rata lagi sebentar.Setelah durian hancur,masukkan pulut.Kacau dan masak sehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau.

Nota ~ Jika hendak membuat WAJIK biasa tanpa durian,tambah kan gula pasir nya 50 gm lagi menjadi 100 gm.Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh.


Nota saya plak :-
> Saya tak gemor makan wajik durian so saya wat kosong aje..kiranya nk test dululah..jadik ke tidak wajik saya nie wallahualam sebab saya baru aje selesai masak dan kacau sampai berpeluh2..hehehe..
> nanti bila dah sejuk skett saya akan potong dan rasa mcm mana..tapi masa dok kacau2 tu sempat laa jugak saya merasa skett..manis sgt!hihi..
> dalam pada dok buat tu pun saya dah blurr..kuantiti santan jadik kuantiti gula melaka plak..bila perati balik resepi..baru tau saya tersilap..sib baik boleh adjust..
> santan tu plak saya hentam guna weight scale [gm].Dah atas api baru teringat!!mmg kantoi lah..tapi bila saya amik jug [ml] saya sukat pada [gm] alaaa...lebih kurang aje..hehehe..kira halal lah!






PULUT DAKAP

Bahan-bahan ( 30 biji @ 15 pasangan berdakap )

  • 1 kg beras pulut
  • 35 oz santan daripada 1 1/2 biji kelapa (lebih kurang 5 cawan)
  • 15 biji pisang emas (dibelah dua)
  • 2 sudu teh garam
  • Daun pisang secukupnya (dilayur)
  • Tali untuk ikat
  • 2, 3 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan santan dalam periuk yg agak besar dan letak atas api. Masukkan garam dan daun pandan yg disimpul.
  2. Apabila santan sudah menggelegak, masukkan pulut yang telah dicuci dan ditos terlebih dahulu.
  3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak hingga pulut separuh masak atau santan sudah kering. ( Lebih kurang 25 minit). Tutup api dan ceduk beberapa senduk masukkan dalam bekas lain.
  4. Daun pisang dipotong selebar lebih kurang 15 cm.
  5. Imej019
    Bentangkan daun pisang.Ambil 3 sudu pulut dan ratakan. Letak pisang ditengahnya.Balut.
  6. Imej021
    Dah siap balut semuanya, cari pasangan yang sama panjang dan dakapkannya. Lalu diikat di kedua-dua bahagian hujungnya.
  7. Rebus untuk 45 minit. Keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk.
  8. Buka ikatan tali dan boleh dimakan.
  9. Selamat mencuba. 

RESEPI KUEH-MUEH

wajik gula melaka    

Bahan-bahan ( sesuai untuk hari raya & kenduri )

  • 500g pulut - rendam semalaman
  • 500g gula merah
  • 100g gula putih
  • 1 1/2 biji kelapa - jadikan 2.5 - 3 gelas santan. kalau bolehtu jangan pakai santan kotak sebab tak berminyak
  • 2 gelas air
  • Daun pisang

Cara-cara

  1. kukus pulut hingga masak
  2. masak gula merah dan gula pasir dengan air hingga hancur dan tapis.
  3. masuk santan dalam air gula yang ditapis masak hingga agak pekat, kalau boleh tu kacau2 lah selalu
  4. masukkan pulut, kacau hingga sebati
  5. bila pulut dah nampak bersalut dengan gula, angkat
  6. lapik dulang atau loyang dengan daun pisang, tuang pulut kedalam loyang atau dulang dan mampatkan dengan daun pisang agar pulut kejap
  7. bila nak makan potong aje.. 


Bahan-bahan ( Guna loyang 9" x 9" )

  • 500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
  • *300gm gula melaka @ gula merah
  • *200gm gula pasir
  • bahan * dimasak dengan 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Daun pisang utk alas talam/loyang
  • 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) - bagi yg suka durian.. idea dari zaina..

Cara-cara

  1. *Kaedah kukus-Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
  2. *Kaedah tanak di rice cooker- 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
  3. *Kaedah masak pulut guna microwave- 3 1/2 cawan beras pulut 3 1/2 cawan santan cair, sedikit garam..panaskan selama 20 minit
  4. Rebus gula melaka & gula pasir dengan 1 cawan air..setelah larut & mendidih, hendaklah di tapis
  5. Panaskan semula gula yg ditapis tadi, masukkan daun pandan & secubit garam (masukkan durian- bagi yg suka perisa durian)
  6. Setelah mendidih masukkan 2 cawan santan pekat biarkan merenih dlm 1/2 jam guna api yg kecil
  7. Setelah gula pekat berkilat & bertali, masukkan pulut yg dikukus @ ditanak tadi dan gaul rata
  8. Setelah agak kering,keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang yg telah di alas dengan daun pisang..
  9. Sejukan..dan sedia dipotong..
  10. Klik untuk isi cara-cara di sini 

Pulut Kacau/Wajik durian bergajus
Photo and recipe by resepidaria.blogspot.com

Bahan-bahannya:-

300gm beras pulut, dibersihkan dan direndam
120gm gula melaka
120gm gula pasir
1 cawan air panas
Santan pekat RM2 @ sebiji kelapa ambil 3 cawan santan
3 cawan air (ini jika guna santan pekat/pati santan)
3 @ 4 ulas durian
1 cawan gajus yang telah digoreng/dibakar
1/4 tsp garam


Cara-caranya:-
  1. Bersihkan pulut dan rendam selama 3 jam
  2. Kukus pulut sehingga masak, angkat dan ketepikan
  3. Cairkan gula melaka dengan 1 cawan air panas dan tapis
  4. Masukkan gula, air gula melaka dan 3 cawan air + pati santan dan garam
  5. Kacau air gula melaka sehingga ia menjadi pekat dan bertali. Kacau sentiasa @ pastikan anda sentiasa berada dekat d engan kuali sbb air gula melaka nie mudah meruap.
  6. Apabila sudah pekat dan bertali, masukkan pulut kukus tadi. Kacau rata
  7. Masukkan isi durian dan kacau sehingga kering atau separuh kering. Terpulang kepada citarasa anda. Akhir sekali masukkan kacang gajus dan kacau rata
  8. Angkat dan masukkan kedalam bekas yang dilapik dengan daun pisang.
psst....yang bulat dalam pulut kacau tu bukan telur rebus ye tapi tu biji durian. saya masukkan sekali isi dengan biji durian dalam pulut kacau. Saya tak suka manis so sukatan gula tu memang untuk citarasa saya, jika anda suka manis boleh tambah gula menjadi 150gm.
sumber:jurnal resepi 

1 comment: