KEK DAN BISKUT

KOLEKSI KEK DAN KUEH MUEH 


Biskut Semperit 

  


BAHAN BAHAN

200 gm butter tanpa garam ~ 1cawan
3/4 cawan gula icing
1 cawan tepung gandum,
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepun custard
1 sudu kecil esen vanilla ~ tak letak
1 kuning telor
ceri merah ~ hiasan

CARE CARE

Putar butter , gula icing dan telur kuning hingge sebati aje
Masukkan 3 jenis tepung yang telah di ayak ~ tak ayak pun takpe
Masukkan dalam acuan semperit dan tekan ke atas loyang, letak ceri merah
Bakar selama 15 minit pade suhu 170 C.


Resepi Biskut Semperit Susu [Pekat Manis]
  

Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below

Cara:

  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

NOTE:
  1. Ku guna susu  pekat manis F and N. Boleh guna susu pekat manis jenama lain.
  2. Ku guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
  3. Ku guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a wise decision, takut rasanya efek nanti.
  4. Ku guna acuan semperit (ke dahlia?) yang matanya tak berapa hensem. Jadi bila picitnya semperit pun keluar tak berapa hensem. Huhuhu..


Biskut Samperit 

  


Samperit resepi dari puan HaiDa RifQi
250 gram butter
50 gram gula aising
1 penutup esen vanilla
1 peket(300gm) tepung kastard cap bunga merah ( reen guna cap bunga raya)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kfc telur kuning

Gaul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur, esen vanilla,tepung kastard, tepung jagung.
Gaul mesra 
sedikit ceri/ coklat chip untuk hiasan
suhu 170 c dan bakar 10 -15 minit atau mengikut oven masing masing 

COTTON SOFT CHEESE CAKE
  


Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine - akak guna tpg superfine + 1/4 sdk double action baking powder
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)- akak kurangkan jd 120g
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon- ganti krim of tartar


Cara-cara


1 Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
2 Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3 Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4 Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).



 Kek coklat moist kukus

 Kek coklat moist kukus resepi dari rakan2 fb sedap n pasti wat lagi n lagi terima kaseh rakan2 yg menyumbang resepi ni
Bahan2nya


Bahan A

 
1 CWN KOKO
1 CWN GULA CASTUR
1 CWN MINYAK MASAK
1 CWN SUSU COKLAT
1/2 CWN SUSU PEKAT

CARANYA
SATUKAN BAHAN N MASAK ATAS API PERLAHAN N KACAU SAMPAI SEBATI TUTUP API N KETEPIKAN
SEJUKKAN
bahan B
11/4 CWN TEPONG GANDUM*
1 SUDU TEH B. POWDER*
1/2 SUDU TEH BICABONATSODA*
AYAK BAHAN BERTANDA*
3 BIJI TELUR
TELUR DI PUTAR HINGGA KEMBANG N MASUKKAN BAHAN A YG DAH DI SEJUKKAN TADI N MASUKKAN BAHAN B N PUTAR SEBATI MASUKKAN DLM ACUAN YG TELAH DIGRIS DGN MAJERIN N DIALAS KERTAS MINYAK N TUTUP LOYANG DGN ALUMINIUM FOIL KUKUS HINGGA MASAK DLM 45 MINIT SEBELOM ITU KUKUS HENDAKLAH DI JERANG AIRNYA DULU
TOPPING COKLAT ATAS
1 CWN KOKO
5 SUDU SUSU PEKAT
SEDIKIT AIR AGAK2LA PEKATNYA
1 SUDU MAJERIN
MASAK ATAS API PERLAHAN KACAU HINGGA PEKAT N ANGKAT N TUANGKAN ATAS KEK TADI(KEK MESTI DAH SEJUK DAHULU)TABUR LAH COKLAT RICE N APA2 YG DISUKAI


CHWC’s Natural Energy Bars

Photo: CHWC’s Natural Energy Bars

Ingredients:
• 6 large  dates
• 1/2 cup Chia Seeds 
• 1/2 cup sunflower seeds
• 1 Tablespoons of Coconut Oil
• large pinch of salt
• 2/3 cup cocoa powder 
• 1 teaspoon natural vanilla extract or cinnamon powder 
• 4 tsp water
• 2 Tablespoon of shredded coconut or dried fruit (Optional) 

Instructions:
Remove the pits from the dates and pulse the dates in a food processor or blender until it forms a paste. In a medium bowl, mix the date paste with the rest of the ingredients. It will form a thick dough.

Roll this dough into balls or press into the bottom of a glass baking dish and cut into squares. Place the squares in the fridge for 30 minutes to give it more of a chewy texture. Take the squares out and enjoy. 
Store in the refrigerator or freezer.

http://www.celestialhealing.net/ Ingredients:
• 6 large dates
• 1/2 cup Chia Seeds
• 1/2 cup sunflower seeds
• 1 Tablespoons of Coconut Oil
• large pinch of salt
• 2/3 cup cocoa powder
• 1 teaspoon natural vanilla extract or cinnamon powder
• 4 tsp water
• 2 Tablespoon of shredded coconut or dried fruit (Optional)
Instructions:
Remove the pits from the dates and pulse the dates in a food processor or blender until it forms a paste. In a medium bowl, mix the date paste with the rest of the ingredients. It will form a thick dough.

Roll this dough into balls or press into the bottom of a glass baking dish and cut into squares. Place the squares in the fridge for 30 minutes to give it more of a chewy texture. Take the squares out and enjoy.
Store in the refrigerator or freezer.

http://www.celestialhealing.net/



KEK COKLAT MOIST KUKUS
 

3 biji telur Gred A
1 sudu teh vanila
Bahan A
140 gm gula perang
250 ml susu coklat
250 ml minyak
50 gm serbuk koko
150 gm susu pekat

Bahan Ayak
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik

Cara membuat
1. Jerang A atas api perlahan sehingga sebati.
2. Angkat dan biar sejuk sedikit.
3. Pukul telur sehingga kembang.
4. Tuangkan 1/3 campuran koko berselangseli dengan 1/3 bahan ayak.
5. Kacau sehingga sebati. Ulangi dengan 1/3 bahagian lagi.
6. Tuangkan ke dalam tin 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.
7. Tutup atas tin dengan foil. Kukus atas api sederhana selama 1 jam.

Chocolate Topping
Bahan-bahan
250 gm cokat masakan, dipotong kecil
3 sudu besar whipping cream atau susu cair
3 sudu besar mentega

Cara membuat
1. Untuk topping. Satukan semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
2. Letak mangkuk atas periuk berisi air mendidih perlahan.
3. Bila coklat mulai cair, angkat dan kacau agar sebati. Tuangkan ke atas kek. Jika terlalu cair, biarkan suam 
supaya menjadi pekat.




Photo: Muffin Wholemeal Berintikan Coklat

Bahan2nya
1 cwn tepung gandum ( saya guna tepung halus)
1/2 cawan tepung wholemeal
2 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 cawan susu cair
3/4 cwn gula halus
1 1/2 tsp vanilla extract
1/2 cwn mentega di cairkan @ minyak jagung
1/2 keping  coklat masakan di potong kiub kecil2 – saiz kiub ikut suka anda.

Cara Penyediaan

1. Ayak tepung, baking powder dan baking soda kedalam satu bekas, kemudian gaul rata dan ketepikan.
2. Didalam sebuah bekas satukan telur, gula, susu cair, vanilla,  gula, vanilla dan mentega cair. Kacau hingga sebati.
3. Satukan bahan yang telah dikacau sebati tadi dengan adunan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam cawan kertas.
5. Bubuhlah kiub coklat tadi kedalam adunan dan tenggelamkannya… jika suka boleh hiaskan dengan coklat rice…
6. Bakar dalam oven 160 darjah celcius selama 20-25 minit.
7. Masa menghidang boleh ayakkan sedikit gula icing jika suka…

** Kalau nak lebih sedap… biar semalaman dulu barulah dimakan… muffin akan lebih moist dan lembut jika di biarkan semalaman terlebih dahulu…
 Muffin Wholemeal Berintikan Coklat
Bahan2nya
1 cwn tepung gandum ( saya guna tepung halus)
1/2 cawan tepung wholemeal
2 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 cawan susu cair
3/4 cwn gula halus
1 1/2 tsp vanilla extract
1/2 cwn mentega di cairkan @ minyak jagung
1/2 keping coklat masakan di potong kiub kecil2 – saiz kiub ikut suka anda.

Cara Penyediaan

1. Ayak tepung, baking powder dan baking soda kedalam satu bekas, kemudian gaul rata dan ketepikan.
2. Didalam sebuah bekas satukan telur, gula, susu cair, vanilla, gula, vanilla dan mentega cair. Kacau hingga sebati.
3. Satukan bahan yang telah dikacau sebati tadi dengan adunan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam cawan kertas.
5. Bubuhlah kiub coklat tadi kedalam adunan dan tenggelamkannya… jika suka boleh hiaskan dengan coklat rice…
6. Bakar dalam oven 160 darjah celcius selama 20-25 minit.
7. Masa menghidang boleh ayakkan sedikit gula icing jika suka…

** Kalau nak lebih sedap… biar semalaman dulu barulah dimakan… muffin akan lebih moist dan lembut jika di biarkan semalaman terlebih dahulu…

 Photo: kek lapis keju kukus...

bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg

dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis

SELAMAT MENCUBA
kek lapis keju kukus...

bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg

dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis

SELAMAT MENCUBA

 

KEK KUKUS BUAH

Bahan-bahan:
250 gm mentega
175 gm gula kaster
3 biji telur
1 camt vanila
1 camb gliserin
285 gm tepung gandum }
2 camt serbuk penaik } diayak
1 camt soda penaik }
250 gm buah-buahan campur
100 gm gula pasir

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati.
3. Bubuh vanila dan gliserin. Biarkan 10 minit.
4. Kemudian campurkan bahan ayak dan buah-buahan. Ketepikan.
4. Cairkan gula hingga perang-keemasan, tuangkan ke dalam adunan sambil dikacau cepat-cepat.
5. Ratakan di dalam loyang 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin. Tutup atasnya dengan foil.
6. Kukus selama 2-2½ jam atau hingga masak.
 sumber :http://norzailina.blogspot.com


MUFFIN OREN

Bahan A
2 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
½ sudu teh soda penaik
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
1 biji oren, diparut

Bahan B
1½ cawan minyak jagung
¼ cawan dadih asli
¼ cawan jus oren
½ cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu teh cuka
1 sudu teh vanila
Beberapa titik pewarna oren

Cara membuat
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan A.
2. Dalam mangkuk kecil, pukul bahan B sehingga sebati.
3. Masukkan campuran B ke dalam A sambil dikacau rata.
4. Sudukan ke dalam mangkuk kertas.
5. Bakar pada 190 C selama 30-35 minit atau sehingga masak.

*Boleh gunakan strawberi emulco + hirisan strawberi kering + puri strawberi atau buah2an lain. Utk perisa coklat, kurangkan 3 sudu besar tepung, gantikan dgn serbuk koko. Gantikan juga jus oren + susu dgn 3/4 cawan susu perisa coklat.

Resepi dan Tips Membuat Kek Puding Karamel..

Selamat tengah hariii..
Wehh..aku nak gelak sampai terkehel urat jer bila ada orang2 'complaint' aku selalu kuarkan entri sejak semalam..hahaha.. yelah selalu lambat je ngupdate yer..
Untuk makluman,buat masa ni..diulangi,buat masa ini, tenet dah ok sebab modem yang ok untuk surfing aritu dah jumpa balik..weee~ dan masa tu ada terluang gak banding kebizian amat sangat sebelum ni..
Kang kalo tak ngupdate lama2 korang jugak yang rindu siang malam kat aku,tak gitu?hakhak.. ;P
Sabo jela korang yang jenuh nak nengok entri aku ek.hee..
Lagi satu sekarang ni aku dah ada 'rakan karib' untuk BW(tapi bw pun ikut mana sempat gak kan)..tu yang memudahkan aku gak..alhamdulillah ;)

Oklah2...kita teruskan yer puan2..
Kali pertama buat kek yang disatukan dengan karamel dalam satu loyang ni adalah menggunakan resepi yang dikongsikan kak Yani.. rasanya dari resepi seumpama itu ia diolah menjadi kek span gini dan dimarblekan untuk warna yang lebih menarik..

Tapi ni laa pertama kali aku buat kek puding karamel yang dikaler2 gini...walaupun sana sini sinun dah berlambak2 orang buat dan bermacam2 pesen dah pun marble nya,coraknya atau belangnya..aku macam tak sampai seru lagi nak buat..sampai laa baru2 ni terliur2 lak nak buat..
Dan bila mintak semangat dari tauke kek karamel ni,baru semangat tu banyak sikit..huahua..ngengada sungguh ku rasa.. ;P

Jadi buat korang yang belum pernah buat gak tu,sila2 laa buat ye.. Kalau tengok resepi sepintas lalu memang macam rumit jer,tapi kalau korang hayati sepenuh jiwa..senang jek..

Mintak izin tuan asal resepi nih dan puan2 yang menyebarkan resepi ni agar menghalalkan resepi ni dikongsi pengunjung blog ini pula..Terima kasih atas perkongsian semua ya..
Aku angkut resepi ni dari blog Anna Qawina..terima kasih mek. Aku edit sikit2 ayat kat resepi tu jer.. bagi senang lagi nak paham.. kot2 ada yang tak paham singkatan ke kan..
Oh yerr, korang nak cara2 bergambar sila klik kat nama Anna di bawah ye..kat 'sumber' tu.hee...

KEK PUDING KARAMEL
Sumber Asal: Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)
Sumber: Anna Qawina
By: HaSue

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar-hasue tak letak


Gini posing biasa aku tengok kalo orang buat kek karamel nih..baru nampak yer dak.. ok tak pilihan warna ni? Agak2 napa warna biru tu harus ada..haihh.. ;)


Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!

Untuk Tips Tambahan,terutama untuk korang baru nak mencuba gak resepi ni..aku syorkan korang gi rujuk kat dapur cyber Anna Qawina..sila2 laa klik SINI. Agak2 masih malas gak nak buat, korang order jer kat beliau..hehe..

Ha,bila aku sebut tips membuat kek puding karamel kat tajuk tu,aku maksudkan tips dari mereka yang dah selalu buat..terutama Anna yang share di blognya..
Jadi dah elok2 orang kongsi,takkan main kutip jer tanpa ucap terima kasih tanda penghargaan kan..rajin2 laa drop komen yer..bukan senang tau orang berniaga nak kongsi2 tips ni..hee..bisa tak ayat aku nih? *wink2*



Dari segi rasa pulak..alhamdulillah, sedap jugak kek puding berkaramel ni ke tekak kami.. cuma, masa makan tu..macam,best kot kalau karamelnya tu lebih cair yakni diletak air sedikit macam buat puding karamel biasa yang 'berkuah' gitu..sebab kalau puding karamel pun kitorang tak gemar karamel yang jenis melekat dan pekat ni.heee.. ni citarasa kami laa ekk..
Tapi mungkin dikhuatiri, kalau buh 'kuah' tu ia akan meresap ke dalam kek pulak kan.. tapi kalau untuk makan2 sendiri apa salahnya kita ubahsuai ikut citarasa yer dak?
Maybe lainkali akan cuba buat gitu lak.. cairkan sedikit karamel tu.. insyaAllah kalau rajin.hee..

Nih pemandangan dari hadapan.. macam kek lapis mami jarum je ekk..lapisan kek jadi agak menegak gitu,kurang beralun..huhu...
Kek nya gebus elok jer dan pudingnya pun lembut..

kek coklat lembab kukus.
  

Bahan-bahannya

1 1/2 cwn tepung gandum.
1/2 cwn serbuk koko.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh soda bikarbonat.
(semua bhn diatas diayak n letak dlm 1 bekas)
1 cwn gula.
2 biji telur.
1 cwn susu cair.
1 cwn butter.

cara2..

1.cairkan mentega/butter dlm periuk kecil,ttp api dan masukkan susu cair tdi.biarkan sejuk seketika.

2.pukul telur dgn gula hingga hancur dn kembang.

3.masukkan tepung,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat yg sdh diayak tdi sedikit shja ke dlm bekas berisi telur tdi.

4.kemudian tuang susu/mentega cair ke dlm adunan,gaul hingga sebati.buat sehngga hbis..masukkan adunan dlm papercup/acuan lompang.
kukus selama 15 minit dgn api sederhana.

utk hiasan saya gunakan blh coklat msakan yg dicairkan dgn sdikit mentega,taburkan coklat rice @ manik2 gula..nak letak badam pun bole,.hehe.

** tapi saya gunakan balance2 coklat masakan yang dah tinggal seciput + susu pekat sikit, marjerin ckit dan oligo/milo ckit, hiasan ngan parutan


Rich Chocolate Moist Cake 

 resepi dr forum 

6 oz butter
14 oz gula castor
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN
2 1/4 oz serbuk koko
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais

CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.

UNTUK LEBIH MOIST - SILA KUKUS SAHAJA DAN TUTUP LOYANG DENGAN FOIL

BAHAN2 ICING:
1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

CARA MEMBUAT ICING:
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tuangkan ke atas kek rata2


KEK COKLAT 



Bahan-bahan

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir

Bahan A

1sudu kecil vanila
1 1/2cwan susu segar perisa coklat
1/2cwan air campur dgn 2sudu nescafe

Bahan B

2sudu kecil sodium bikarbonat
1sudu kecil baking powder
1/2 cwan serbuk koko
2 cwan tepung gndum

Topping

1/2 cwn koko
1/2 susu pekat
1sudu besr minyk msak

Cara2

pukul telur sehingga kembang
masuk gula n pkul lg
msuk minyk masak
ayak semua bhn B dan masuk sdkt demi sdkt ke dlm telur td berselang seli dgn bhn A. Gaul sebati.
Bakar pd suhu 170 degree selama 1 jam hingga masak

Untuk topping, masuk semua bhn dlm periuk dgn api kecil. panaskan sampai likat n tuang atas kek...


KEK COKLAT 
 

Bahan-bahan ( loyang 9" )
* 2 cwn gula (kisar)
* 2 cwn tepung (ayak)
* 3 biji telur grade A
* 1 cwn koko powder
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
* 1 cwn air panas didih
* 1 tsp soda bikarbonat
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp esen vanila
chocolate ganache
* 2 cwn non dairy whipping cream
* 500g cooking chocolate
* 1/8 cwn golden syrup

Cara-cara

1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam

       [ Ganache]
8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
10. tambahkan golden syrup
11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. [ Whipped cream ] pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit