Pages

RESEPI KUEH-MUEH




NASI GORENG  

BENGKANG UBI KAYU GULA MERAH 
 

BAHAN-BAHAN

4 cawan ubi kayu ( disagat)
2 cawan santan pekat
100 gm gula merah
1/2 cawan gula pasir
secubit garam

CARA-CARA:
4 cawan ubi kayu yang di sagat mesti di perah buang airnya.gula merah dan gula pasir dimasak hingga hancur gulanya.jangan terlalu banyak airnya.lebih kurang 1/2 hingga 1 cawan air.masukkan daun pandan ketika masak gula tadi.biar sejuk seketika.di dalam bekas masukkan ubi kayu,santan dan air gula serta secubit garam.kemudian masukkan dalam periuk dan kacau dengan api perlahan hingga tak nampak ubi berwarna putih lagi.sementara itu oven di panas kan terlebih dahulu 200C.sedia kan loyang 8" .alaskan loyang dengan aluminium boildan sapu minyak.tuang aduanan tadi dan ratakan.kemudian bakar hinnga nampak garing.biar betul-betul sejuk baru keluarkan dari loyang.
Sumber: seperti tertera di gambar.

BINGKA GULA MERAH


 BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 buku kecil gula merah(melaka)>(diracik2-izzah guna 1/2 cawan je)
  • 1/2 cawan gula pasir>(izzah guna 2 camb gula perang)
  • 1/2 cawan susu pekat manis>(izzah guna 1/2 cawan air suam + 2 camb susu tepung)
  • 2 camb butter>(cairkan & sejukkan)
  • 1 camt esen vanilla
  • 1/2 camt garam
  • 1 camt pewarna coklat>(izzah x letak,coz xde stock)
  • 1-2 helai daun pandan>(simpulkan)
 
CARA-CARA;-


  1. Jerang susu cair,gula merah,gula pasir & daun pandan sehingga gula merah hancur(guna api perlahan,supaya susu x membuak)..sejukkan.>>sambil siapkan adunan,panaskan oven terlebih dahulu dalam 10 minit.
  2. Cairkan butter,sejukkan.
  3. Keluarkan daun pandan dari dalam periuk.masukkan susu dalam blender bersama dengan semua bahan lain.masukkan juga butter yg telah sejuk tadi,blend sehingga hancur.
  4. Sapukan sedikit butter @ minyak masak pada loyang,masukkan adunan.
  5. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 160'c.
  6. Sejukkan dahulu baru lah di potong
Terimakasih ,Sumber:Blog Izzah

Bengkang Beras Gula Merah

Bahan-bahan

  • 300 gm tepung beras 
  • 1/2 sudu makan tepung hoon kue 
  • 1 sudu teh garam 
  • 300 gm gula melaka
  • 75 gm gula pasir
  • 1750 ml santan (dari 1 1/2 kelapa )
  • 3 helai pandan

Cara-cara

  1. satukan bahan * dgn 750ml santan kemudian ditapis...ketepikan.
  2. gula melaka , gula pasir dan pandan dimasak dgn 1000ml santan..hingga mendideh kemudian ditapis.
  3. satukan kedua2 adunan tepung dan gula tadi..
  4. masak semula diatas api yg sederhana..sambil sentiasa dikacau..hingga pekat .
  5. kemudian masukkan kedlm loyang yg dialas dgn daun pisang / alluminium foil yg telah diminyakkan..
  6. bakar selama 1-11/2 jam dgn suhu 160c atau hingga masak..biarkan betul2 sejuk baru boleh dipotong..
  7. **selepas 1 jam cucukkan lidi ditgh adunan..klau bersih makna nye dah masak..tapi klau masih ada adunan yg melekat teruskan memasak nye..
  8. **jgn risau klau adunan nye nampak mcm lembik walaupun dah masak..bila dah sejuk dia akan jadi saperti biasa.. :) 

BENGKANG ROTI(ciptaan Pn Foziyah menggunakan pemanggang serbaguna master kitchen)

BAHAN2: (semua bahan2 ini dikisar/blender)
4 cawan tepung santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 biji telur
sedikit garam

Roti 10 keping  tidak dikisar.


CARANYA :
 Tuangkan adunan yang telah dikisar ke dalam pemanggang .
Guntingkan roti dan masukkan kedalam adunan.
Tekan2 roti tersebut sehingga tenggelam ke dalam adunan.
Hiaskan dengan kismis,kurma ,ceri ,badam jika perlu.
Bakar selama 40 minit menggunakan api yang kecil.



KUEH SAGU( Resepi dicipta oleh Pn Foziyah,Kangar)
Masak menggunakan PEMANGGANG SERBAGUNA MASTER KITCHEN

BAHAN2:

3 cawan atau 1/2 kg sagu dibasuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
Pewarna merah atau hijau ikut citarasa anda

CARANYA :

Panaskan air dalam pemanggang.
Masukkan gula dan pewarna
Setelah mendidih masukkan sagu yang telah ditos
Kacau hingga sebati dan ratakan permukaannya
Masak dengan api yang perlahan selama 30 minit.


KASUI(MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB)
BAHAN :

3 cawan tepung gandum
7 cawan air
2 sdt air kapur
3/4 cawan gula merah }
3.4 cawan gula putih   }campur dua2 gula dgn air dr 7 cawan dan didihkan seterusnya tapis

CARA :
Masukkan tepung,air,air kapur dan larutan gula kemudian blender/kisar sampai larut.
tapis ke dalam pemanggang ajaib seterusnya kacau supaya pekat di atas api yg kecil.
setelah pekat tutup pemanggang dan biarkan masak di atas api yg kecil selama 30 min.

Bila dah masak ,sejukkan.
Potongkan segiempat dan gaul dengan kelapa yg telah dimasukkan sedikit garam.
sedia untuk dihidangkan minum petang atau sarapan pagi.

( Ihsan drp Pn Foziyah,Kangar)


BENGKANG/BINGKA SUJI 
 rsz_dsc_7544 

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang..
sumber:tiffinbiru
 

SERI KAYA
  
Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)

1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

*Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing
*Kalau tidak biarkan warna asli saja.
* Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* boleh kurangkan gula kalau tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan









SAGO WITH GULA MELAKA


You will need:
  • 1 cup Pandan Tapioca pearl (sagu)
  • 4 cups water
  • 1 chunk of gula melaka (you can substitute with brown sugar)
Direction:
  1. Boil water on a medium heat.
  2. Pour sagu in the boiling water and let it simmer for 15 - 20 minutes. You will notice that the sagu will become clear (transparent) and that shows the sagu is ready.
  3. Meanwhile, heat the gula melaka with 5tbs water in a different pan until all gula melaka is dissolved. The consistency is up to your likings. (More water if you like it thin). Alternatively, you may heat the gula melaka with some water in microwave.
  4. Once the sagu is ready, pour in small moulds or ramekins. Leave to set for a couple of hours.
  5. Serve the sagu with gula melaka.

Kuih Sagu



BAHAN:
150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam


Cara Memasak:-
Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut





 CUCUR KURMA

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

A)
8 biji kurma - keluarkan biji dan belah 3
B)
1/2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
sedikit garam
3/4 cawan air biasa

Cara membuatnya:

1. Bancuhkan semua bahan B di dalam mangkuk. Gaul sebati.
2. Panaskan 1 cawan minyak untuk menggoreng. Masukkan kurma ke dalam adunan tepung. Gaul rata. Cedokkan kurma bersama tepung menggunakan sudu (kurma sebagai inti cucur) dan goreng hingga keperangan.
3. Toskan dan sedia dihidang.

***kalau nak pandai memasak, kenalah rajin bertanya.. Cucur kurma ni asalnya K.Sal hantar mesa membalas juadah K.An masa puasa lepas. Bila K.An makan, sedap, terus k.An tanya bahan yang digunakan... Macam biasa, K.an cuba sendiri dan terus jadi sebab senang sangat...

Jadinya, kalau makan apa-apa yang sedap kat mana-mana, jangan diam je.. tanya resepinya.. barulah boleh memperkayakan kemahiran memasak. Tak payah susah-susah pergi kelas memasak kan...
Wajik Gula Melaka 8.00
Sumber: Majalah Perempuan April 1997
Hits: 1707 Rating: 8.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
300 gm beras pulut
150 gm gula melaka


1 helai daun pandan
Secubit garam
Secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air)
150 gm gula pasir
2 biji kelapa diparut
Cara:
Rendam pulut selama tiga jam. Toskan. Kukus pulut bersama di dalam kukusan selama 40 minit. Sejukkan di dalam talam. Kelapa parut diperah patinya dengan kain jarang. Perah santan keduanya dengan empat cawan air. Masak gula melaka dengan satu cawan air. Manakala gula larut tapis. Secubit garam. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua. Masak sehingga air gula pekat dan berbenang, angkat dengan sudip. Masukkan pati santan. Ketika mendidih masukkan pulut. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan. Masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang.

 TEPUNG TALAM GULA MERAH 


 SUMBER :  BLOG HANIELIZA 

Lapisan Bawah:

1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan 
1/2 cawan gula pasir ) 
5 cawan air biasa ) 
2 cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung ubi 
1 sudu kecil kapur 

Cara 
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. 
2. Gaulkan adunan dan tapiskan. 
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit. 
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu. 


Lapisan Atas 
3 cawan santan pekat 
1 cawan tepung beras 
1 sudu kecil garam 

Cara 
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja.. 
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan 
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak 
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan. 

********************
TEPUNG TALAM GULA MERAH ( RECIPE FROM RUSNAH AHMAD )

100 gm gula merah ( 150 GM pun bole )
2 sb gula putih 
sehelai daun pandan diikat 
2 1/2 cwn air 
Keempat bahan ini direbus jangan sampai pekat cuma hingga gulanya larut. 

1/2 cwn tepung gandum 
1/2 cwn tepung beras 
1 sb tepung ubi/jagung 
1 sb air kapur 
sedikit garam 
Keempat empat bahan ini disebatikan dan dicampur dengan air gula yang suam yang ditapis terlebih dulu kemudian dituang ke dalam loyang berukuran 8 inci dan dikukus separuh masak. 
Tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus dgn api sederhana . 

Bahagian atas 
1/2 cwn tepung beras 
1 1/2 cwn santan 
sedikit garam 
Ketiga-tiga bahan ini diadun sebati dan dikacau sebentar diatas api, bila naik wap tuangkan ke atas lapisan bawah yang dikukus tadi dan kukus lagi lebih kurang 20 minit. 
Biarkan sejuk baru dipotong dgn pisau yang basah.


 
TEPUNG TALAM BERAS
P1250131
 BAHAN LAPIS BAWAH :-)
150 gram tepung beras
625 ml santan
Garam secukup rasa (jangan banyak sangat, kasi rasa lemak2 jee)

BAHAN LAPIS ATAS :-)
250 ml air*
65 gram gula melaka, potong kecil*
10 gram gula pasir*
2 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga gula larut, sejukkan dan tapis)
250 ml santan
30 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
3 biji telur gred B
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang bulat 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satu bahan untuk lapisan bawah kecuali garam, kacau rata dengan whisk, tambah garam secukup rasa dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Masak atas air mendidih secara double boiler hingga bancuhan pekat sedikit. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana.
  3. Sementara itu, siap kan lapisan atas. Satukan semua bahan lapisan atas kecuali telur dan garam dan kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan telur dan kacau perlahan2 dengan garfu, jangan kacau ganas, nanti akan menyebabkan kepala kuih berlobang2. Kemudian masukkan secubit garam, kacau perlahan lagi dan tapis.
  4. Alih kukus yang berisi loyang tadi, kemudian tuang lapisan atas perlahan2, pastikan anda kacau dulu sebelum tuang. Kemudian sambung mengukus selama 45 minit dengan api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk, baru dipotong dengan pisau plastik atau pisau yang dilapis dengan plastik cling.... Boleh hidangkan..

KUIH TEPUNG TALAM GANDUM.
 

Resepi: quinnie@qasehququinnie.blogspot,com

bahan bawah
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan + 1 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah
4 1/4 cawan santan
2 telor

bahan atas
1 1/2 cawan tepung gandum
4 cawan santan
2 sudu kecil mumbung garam - tak lah menggunung sgt ye...

Cara2

1. mula2 panaskan pengukus....sementara tu sediakan bahagian bawah....masukkan gula merah dan putih kedalam blender bersama 2 cawan santan..blend hingga gula hancur...kemudian masukkan kedalam mangkok berisi tepung. kacau2 rata...pukul skit telor....takat nak pecahkan kuning tu je...dan masukkan kedalam mangkok berisi tepung...masukkan juga baki santan...kacau2...dan tapiskan. ambik loyang....sapukan dgn minyak...kemudian masukkan adunan bawah....kukus bila air pengukus dah didih.  guna api besar ye...kukus bahagian bawah ni selama 20 minit. 

2. bancuh adunan kedua..masukkan semua bahan dlm mangkok..kemudian tapiskan.  dan tepikan

3. selepas 20 minit...buka pengukus....tengok atas kuih tu ada air tak? kalau ada buang air tu...lepas tu biarkan kuih tu dgn penutup pengukus tu terbuka utk keringkan skit atas dia.....cucuk2 dgn garfu atas kuih...dan masukkan adunan atas...kukus lagi kuih selama 30 minit. lepas 30 minit..buka penutup pengukus dan biar kuih masak dlm 5-10 minit utk keringkan atas dia.

4. biar kuih dah sejuk dulu baru dipotong. guna pisau plastik utk memudahkan proses memotong kuih.

(nota: sukatan garam dan gula utk kuih ni ikut citarasa saya ye....saya memang nak kan atas dia masin skit dan bawah dia manis skit utk imbangkan rasa kuih ni bila kita makan rasa perfect je...saya memang suka makan kuih rasa macam ni..cukup manis dan masinnya...)

Kuih Seri Ayu @ Putu Ayu DRP BLOG PERIUKTANAH

Kuih Seri Ayu ni sangat terkenal dan tak perlu lagi diperkenalkan. Bukan sahaja 'ayu' tapi sangat sedap dimakan. Sesuai dijamu waktu pagi, minum petang dan juga waktu berbuka puasa.

Resepi adalah sumbangan Kak T (kakak K.An) yang juga pandai masak macam-macam kuih dan lauk... cuma dia sibuk sikit sebab wanita bekerjaya...

K.An bagi resepi penuh, tapi K.An buat semalam separuh adunan je.... dapat anggaran 30 biji.. Banyak tu dan siap boleh kongsi dengan jiran-jiran sebelah rumah.

Bahan-bahan; (menghasilkan 60 biji kuih)

1 biji kelapa parut putih
sedikit garam
1 sudu besar tepung sagu (ubi)

3 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu besar ovellette
2 cawan gula pasir
4 biji telur gred A (kalau gred c ke bawah tambah jadi 5)
2 cawan santan pekat (pati santan)
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan

Cara membuatnya:

1. Gaulkan kelapa, garam dan tepung sagu- ketepikan.

2. Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu(gunakan kelajuan tinggi). Masukkan tepung gandum, ovellete , pewarna hijau dan perisa pandan. Gaul guna senduk.

3. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Panaskan pengukus.
4. Susun acuan dalam pengukus. Isi acuan dengan kelapa putih. Tekan padat menggunakan hujung jari. Kukus 2 minit.

5. Isikan dengan bater (adunan kuih) seperti di dalam gambar. Kukus lagi selama 10 minit. Apabila masak, Keluarkan daripada acuan dan sedia dihidang.
Memang ayu sungguh rupa kuih ni....

SERI AYU

DSC_0307


Bahan2:

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi - aku x baca betul2, so x buh tpg ubi = kelapa ku berderai)

Cara-cara :

Mula2 panaskan kukusan. Oleskan sedikit minyak kat adunan kuih tu, ketepikan.Then...barulah,pukul gula, telur & ovalette sampai kembang.Lepas tu, masukkan santan, tepung yg sudah diayak, baking powder & pandan paste. Kacau sebati.Ambik sedikit kelapa parut yg sudah digaul dgn sedikit garam & tepung ubi, tekan2 kasik mampat dlm itu mould. Masukkan adunan kedlm acuan sehingga paras penuh dan kukus sehingga 5 minit.


KUEH SERI AYU
 

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 sk ovellete
  • 1 sk perisa pandan
  • pewarna hijau
  • kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam

Cara-cara

  1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg
  2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
  3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit

Kuih Pelita Jagung



   Aku teringin dan rajin sangat nak buat kuih yang langsung aku tak pernah buat, tau makan saja. Jadi aku google2 terjumpa macam-macam versi resepi. Tak tau mana satu aku nak ikut. Jadi aku beli barang, dan main agak-agak.. hehe~

   Mula-mula aku suruh adik lelaki aku pergi amik daun pandan banyak-banyak kat rumah tok aku..hehe.. Satu kampit beras dia bawak balik.
Rupa-rupanya senang nak buat acuan nih.

   Mesti lah kena test dulu, panjang mana nak lipat. Lipat dulu kepada 5 bahagian, lepas tu bukak balik lipatan, potong separuh daripada lebar daun sampai ke tengah (macam dalam gambar). Sebab apa kena potong? sebab nak buat tapak acuan tu nanti.

 Lepas tu lipat la sampai nampak rupa kotak empat segi sama. Sebelum tu, sediakan jugak contoh lipatan tadi untuk rujukan nak buat yang seterusnya pulak.

 Acuan dah setel.


***
   Firstly buat layer bawah, macam biasa, aku guna jagung. Ada yang guna sengkuang cina. Tapi aku tak biasa makan pun. Potong kecik-kecik sikit jagung tu. Campur tepung hoen kwe (60g) dengan air (600ml). Letak gula dan garam.
Ini la tepung Hoen Kwe. Aku baru jumpak..hehehe~

 Kacau sampai sebati dan likat.

 Likat macam ni...

 Masuk dalam acuan (setengah acuan). 
Mula buat layer atas pulak !


***
Guna tepung beras + air + santan + gula sikit saja + garam (tambah rasa lemak santan).

 Kacau sampai sebati. Make sure jangan terlampau pekat sangat (sebab susah nak masuk dalam acuan) dan jangan terlampau cair sangat (sebab nanti lembik). Aku dah buat 3 kali..failed! hehehe~



 kredit kepada blog :umminabila


Bengkang roti 

sumber:Makghahpora

Bahan2
8 keping roti
2 cawan susu cair
2 sudu margerin
6 sudu gula
2 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu tepung jagung

Panaskan susu. Jangan sampai mendidih. Rendamkan roti yang sudah dicarik2kan kedalam susu suam tadi.
Pukul telur dengan gula. Masukkan esen vanila, tepung jagung dan margerin kedalam adunan telur dan gula. Gaul biar sebati.
Kemudian masukkan adunan telur ini ke dalam adunan roti yang sudah direndam ke dalam susu tadi. Gaul biar sekata dan masukkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan minyak/margerin. Bakar selama 30 minit/masak.

~Ulasan dari aku:
Sebelum ini aku pernah masak resepi puding roti. Puding roti tu lembik2 tak dapat dipotong tapi rasanya sedap. Oleh sebab aku nak kuih yang agak keras dan boleh dipotong, itulah aku cuba buat bengkang ini guna roti yang tak habis dimakan.

Bengkang roti ni kira ok lah pada selera aku sebab rasanya pun taklah manis sangat.
Tapi kalau nak lagi sedap, kenalah ikut resepinya yang asal. Resepinya yang asal ada kuah/sos kastad.

Cara membuat kuah kastad:-
2 cawan susu segar @ 1 tin susu cair
2 sudu gula @ 2 sudu susu pekat manis
2 sudu tepung kastad.
Cara2nya:
Campurkan semua bahan. Masak atas api sehingga ia cukup masak.
*Jika makan dengan sos kastad, adunan untuk bengkang gunakan setakat 4 sudu gula sahaja.


Ini gambar 'roti benggali' yang aku gunakan. Roti ni cicah dengan sup panas atau gulai perangat amatlah sedap!


Ini aku letak gambar periuk bengkang yang aku gunakan untuk bakar bengkang aku. Walaupun namanya periuk bengkang dan dah lebih 20 tahun aku menyimpannya, inilah kali pertama aku buat bengkang guna periuk ini.
Yang bulat berlubang tengah kat tepi periuk tu apa ya? Aku pun tak tau nak guna. Nak letak kat bahagian mana ya?. Aku letak ja kepingan bulat ni kat bahagian bawah periuk sebagai pengalas periuk ini semasa membakarnya. Agaknya betullah tu kut... 


Resepi Kuih Bakul


Resepi Kuih Bakul
Resepi Kuih Bakul

Bahan- bahan:
250 gm tepung pulut~ Di ayak
80 gm gula pasir
200 gm gula merah
250 ml air
Beberapa helai daun pisang
Beberapa utas tali rafia~ untuk mengikat tin berukuran 5 cm lebar dan tinggi 10 cm

Cara membuatnya:

~ Masukkan gula pasir dan merah serta air kedalam mangkuk. Kacau hingga larut dan biarkan selama 15 minit.
~ sementara itu, sediakan tepung pulut kedalam mangkuk.
~ Tuangkan larutan gula tadi kedalam tepung pulut dan kacau hingga sebati.
~ Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu kedalam kuali dan kacau hingga adunan menjadi likat.
~ Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling ( daun pisang di kelepetkan kebawah) . Didihkan air kemudian kecilkan api.
~ Tuangkan separuh adunan kedalam tin. Kukus selama 10 jam. Pastikan air yang ditambah kedalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin/kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak menitik keatas kuih.

Read more: Resepi Kuih Bakul ~ Resepi @ Online http://iresepi.blogspot.com/2012/02/resepi-kuih-bakul.html#ixzz22BclsPzm

 BINGKA/BENGKANG GANDUM PERASA PANDAN.

Bahan A

3 biji telor ayam
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam

Bahan B

daun pandan 5 helai + 1 sudu teh jintan manis - diblend bersama 2
cawan air.

Bahan C

2 cawan santan
3 cawan tepung gandum (yg telah diayak).

Cara2nya :

1.Campurkan kesemua bahan A dan dipukul selama 1 minit,
2.Masukkan bahan B, dikacau rata,
3.Masukkan tepung gandum kemudian masukkan santan sedikit demi
sedikit (pastikan anda mesti kacau adunan tadi supaya tepung tidak
berketul.) - Jika adunan tadi masih terdapat ketulan tepung, apa yg
perlu dibuat ialah gunakan blender sahaja.
4.Sediakan loyang pembakar yg telah disapu dgn planta disekeliling
loyang tersebut. kemudian adunan tadi dituangkan kedalam loyang.
5.Bakar didalam oven selama 1 jam ( 120 - 130 darjah C).

Jika anda mahukan bingka jagung atau durian, anda hanya perlu
menukarkan bahan B sahaja.

contoh bahan B -Bingka jagung ialah 1/2 sudu teh esen rose + jagung
+ 2 cawan air.

contoh bahan B -Bingka durian ialah 2 sudu besar air daun pandan +
durian + 2 cawan air.

Selamat mencuba.

Bengkang Gandum

Bahan-Bahannya:
2 cawan tepung gandum
4 biji telur ayam
2 cawan pati santan
1 cawan gula
1 sudu makan minyak masak
secubit garam
Kisar:
10 helai daun pandan 
1/2 cawan air  
1 camca teh jintan manis ditumbuk dahulu     
Daun pandan, jintan manis di kisar dengan 1/2 cwn air dan ditapis 
Cara Membuatnya:
Campurkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu 2 sudu minyak masak. Bakar dalam oven 1800 C hingga separuh masak, kemudian taburkan bijan dan bakar lagi, cucuk lidi satay untuk pastikan ia dah cukup masak.


BENGKANG TEPUNG BERAS


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 6 cawan santan
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Kisar kesemua bahan kecuali daun pandan sehingga sebati
  • Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api yang sederhana hingga naik wap
  • Tutup api dan kacau hingga kental
  • Sapu rata loyang dengan minyak. Angkat daun pandan dan tuang adunan dalam loyang
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 1 jam 30 min atau sehingga masak
  • Sejukkan terlebih dahulu dan barulah dipotong
  • Sedia utk dihidangkan
Bubur Sum Sum:
 

1 1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
4 1/2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1/2 sk garam

Air Gula
1~2 cawan gula
1 cawan air
Daun pandan

Cara :
1) Campurkan kesemua bahan untuk bubur. Tapis dan masukkan ke dalam periuk. Seeloknya periuk non-stik.
2) Kacau adunan di atas api yang kecil sehingga likat.
Tips : Untuk pastikan bubur masak. Ambil semangkuk air. Ambil sedikit bubur yg dah likat, bulatkan then masukkan dalam air. If terapung, maksudnya dah masak ler tu.
3) Tuangkan bubur di dalam bekas yang dah disapukan sedikit minyak. Biarkan sejuk.

Air Gula
1) Goreng gula sehingga warna keperangan. Macam buat gula hangus.
2) Masukkan air dan daun pandan. Tapis & sejukkan.



ROTI CANAI (Mr. Niceghost99 from forum cari.com.my)

3 cups flour
1 - 1.5 cups water
1 tablespoon margarine
salt to taste
2 tablespoons condensed milk
1 tablespoon cooking oil
Extra margarine

Method :

1. Mix well water, salt and condensed milk
2. Add the liquid into the flour bit by bit if kneading manually
OR
pour the whole amount into the flour if using machine
3. Add in cooking oil
4. Add in margarine
5. Knead to form a soft dough. Leave it covered with a damp cloth for about 30 minutes.
6. Divide the dough into 10 portion and mould into balls.
7. Coat the balls with margarine so that they won't stick to each other. Leave to rest for not less than 2 hours.
8. Spread (tebar as we say it in Malay) each ball on a smooth surface to form a very thin layer. Fold the four sides into the middle and fry.
9. Enjoy.


resepi 2 roti canai


Ingredients :
600 g plain wheat flour
1 teaspoon salt
1 cup warm water or milk
1/2 cup ghee or margarine
1 egg
1 teaspoon sugar
  Method :
  • Sift the flour and salt together.
  • Knead flour, egg, sugar and ghee with water/milk (a little at a time) good enough to make a moderately soft dough or easy to handle.
  • Leave for 2-3 hours or overnight.
  • Divide dough into 8 equal parts.
  • Shape it into balls.
  • Flatten each ball with a rolling pin and fold in 1/2 teaspoon ghee.
  • Roll up dough and twist it into a coil. Pressing one open end onto the top.
  • Roll it again as thin as possible into a round shape.
  • Beginning at one of the open ends, roll up dough tightly and coil it again as before.
  • Roll out dough slowly onto lightly floured surface (to ensure air is not forced out).
  • Heat a pan.
  • Bake individually over a moderate heat.
  • Turn it over and spread a little ghee on it until both sides are golden brown.



    COCONUT CHUTNEY



    Kobbari pacchadi

    Ingredients:
    Gulla pappu / Fried chana dal / Dhalia – 1/2 cup
    Coconut – 1/2 cup
    Green Chillies – 4
    Ginger – 1/4 inch (optional)
    Garlic – 1 small pod (optional)
    Mustard seeds – 1/2 tsp
    Zeera – 1/2 tsp
    Urad dal – 1 tsp
    Red chillies – 1
    Curry leaves – few
    Oil
    Salt

     Method:
    * Poke green chillies with knife or fork.
    * In a pan, pour few drops of oil and slightly fry green chillies.
    * In a mixer, grind dhalia and green chillies together adding little water into a fine paste.
    * Now add grated coconut and salt and grind again.
    * Take this into a bowl and add the separately seasoned oil, mustard, zeera, urad dal, red chillies and curry leaves mixture.

Mint Chutney

Description

Simple healthy pudina (mint) chutney, a great accompaniment for breakfast items or even some appetizers. There are several ways of making pudina chutney, this particular preparation is popular in Tamilnadu.
Ingredients
1 bunch Mint
4 tbsp Split black gram
3 nos Dry red chilli
1 no Green chilli
1 inch Ginger
1 no Tamarind (small marble size)
5 stks Coriander leaves
5 nos Curry leaves
¼ tsp Asafoetida
¼ tsp Salt (or to taste)
¼ no Fresh coconut
3 tsp Oil

Instructions


Separate mint leaves from the stalk, wash and keep them aside. Heat oil and fry split black gram until golden, in the same oil fry red and green chilli along with the mint leaves. When they turn slightly tender, remove them and fry coconut pieces too. Now grind the sauteed mint leaves, fried gram, chillies, coconut along with ginger, tamrind, coriander, curry leaves, asafoetida and salt. Add little water while grinding, or to make the consistency light.


TRIFLE

TRIFLE

80 gm jeli perisa strawberi (kotak/paket)
400 ml air panas
150 gm kek gulung, dihiris nipis
150 gm raspberi / strawberi / buah-buahan koktel (tin)
300 ml susu segar
40 gm gula kastor
35 gm tepung kastard
400 ml krim putar
Hirisan buah-buahan (hiasan)

Cara membuatnya
1. Untuk kastard. Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Tuangkan baki susu, campurkan gula. Kacau tanpa henti atas api perlahan hingga pekat.
3. Untuk jeli. Campurkan jeli dengan air panas. Kacau hingga larut, ketepikan.
4. Putar krim hingga kental.
5. Susun kek di dalam mangkuk. Ratakan separuh kastard.
6. Taburkan raspberi di atasnya. Tuangkan separuh jeli, letak dalam peti sejuk sebentar hingga biar keras.
7. Sapukan separuh krim di atas jeli. Letak baki kek diikuti baki kastard.
8. Aturkan raspberi dan tuangkan baki jeli. Letak sebentar dalam peti sejuk.
9. Bila jeli 'set', sapukan baki krim di atasnya. Biar dalam peti sejuk kemudian hiaskan.

*Foto ehsan gastronomers.dot.com

Kuih Cara 

 

2 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 cawan santan
1 sudu kecil garam
4 helai daun pandan ditumbuk untuk jusnya
Gula dan minyak secukupnya

  • Pukul telur, masukkan santan (perah dengan air daun pandan) dan tepung.  Kacau rata.
  • Masukkan garam.  Kacau sebati.  Tapis adunan.
  • Panaskan acuan kuih cara yang telah disapu dengan minyak.
  • Sudukan adunan ke dalam acuan.
  • Masukkan sedikit gula di tengah-tengah kuih.
  • Tutup acuan selama 2-3 minit, kemudian diangkat satu persatu.


Lompang 

 

Resepi ni mak dapat daripada kawan mak, Auntie Faizah.

1/2 biji kelapa - diparut (sah resipi orang lama, orang sekarang beli aja kelapa parut)
Gaul dengan 1 sudu teh garam

17 oz air sejuk
10oz gula merah - masak dengan air tadi

10 oz tepung beras
16oz air panas -gaulkan dengan tepung

1 sudu teh air kapur
1/2 oz tepung sagu/ tepung kacang hijau

  • Bancuh adunan dan tapis dengan kain putih.
  • Panaskan air dalam kukusan, biar sehingga air mendidih dan acuan panas.
  • Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus elama 20-3- minit.
  • Angkat dan hidangkan dengan kelapa parut.

Roti Jala

Roti jala adalah makanan kegemaran sekeluarga yang saya jarang-jarang buat sendiri.  Saya tak pandai menjala.  Pernah dulu beberapa kali aja buat sendiri.  Tapi baru-baru ini, saya dapat resipi daripada kawan sepengajian di UM dulu, Lin.  Ramai orang lain bagi feedback positive, so saya pun cuba.  Seperti biasa, saya sesuaikan dengan apa yang ada kat dapur - misalnya, sebab tak ada fresh milk dalam fridge, hari masih pagi dan saya malas nak ke kedai, saya gunakan aja susu cair.  Untuk itu, saya terpaksa tambah lots and lots of water sebab susu cair lebih pekat daripada susu segar.  Apapun, rasanya sedap, teksturnya cantik.  Hubby and anak-anak betul-betul enjoy roti jala dengan kari ayam.  Bibik pun cakap, nanti buat lagi ya....

Cut and Paste dari Resepi Lin (Thanks Lin)
  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar(saya gunakan 1 tin susu cair)
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air - saya tambahkan banyak air sebab susu cair lebih pekat dari susu segar )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan. 

Rempeyek Kacang 

 

Ini satu lagi resepi daripada Bibik.  Kalau ada masa lapang, Bibik akan buat rempeyek ni sebab saya dan family suka.  Buat kudap-kudapan sambil minum kopi.  Cuma, bibik kena buat duat versi sebab saya sukakan rempeyek ikan bilis, tanpa kacang.  Hubby sukakan yang ada banyak kacang, tanpa ikan bilis.

1 kilo tepung beras
1 1/2 sudu besar ketumbar
3 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sedikit kunyit
sedikit cekur
5 helai daun limau purut (potong halus-halus)
Kacang/ikan bilis
  • Semua bahan di atas, kecuali tepung, ditumbuk halus.
  • Bancuh dengan tepung.
  • Masukkan kacang atau ikan bilis.
  • Goreng.


Serabai Kuah Durian

Lamanya tak update blog...bukan takat tak update, singgah pun tak.  Sibuk betul...kononla.  Hari ni pun kerja bersepah lagi.  To Do List masih panjang.  Kalau tunggu habis memang tak habis, selesai satu, tambahnya dua.  So, I decided to take a break - sekejap.  Nak rekodkan resipi yang dicuba dan didapati ada kemungkinan nak buat lagi.

Serabai ni makanan orang utara kot...sebab hari tu ada orang bawak ke office waktu meeting dan ramai orang yang tak tahu makan sebab tak tahu kewujudan kuih tu.  Authentic northern cake la kalau lagu tu.  Me and family memang suka sangat serabai ni...kalau balik kampung sanggup menyeberang laut yang memisahkan Pulau Pinang dan Butterworth sebab nak dapatkan serabai kat Taman Tun Saadon.  Kat sini mana nak cari, so cuba-cuba la sendiri...google resipi, jumpa kat blog Mamafami.  Antara blog resipi yang saya gunakan tanpa was-was.  Kebetulan hubby pun ada sebut kuah durian, saya jumpa pulak resipinya kat blog Mat Gebu, blog yang memang saya follow.

Serabai:
500gram tepung beras
300gram nasi
1 liter santan segar
1 1/2 sudu teh yis
garam secukup rasa


  • Kisar tepung beras dengan nasi.
  • Masak santan dan biarkan suam.
  • Gaulkan semua bahan.  Kepekatannya seperti bancuhan kuih cara.  Resipi tulis macam tu.  Nasib baik saya pernah buat kuih cara.  Nampak la jugak bayang-bayangnya.
  • Perapkan selama 2 - 3 jam.
  • Panaskan kuali (saya tak ada acuan serabai), tuangkan sesenduk adunan.  Tutup periuk.  Angkat bila atasnya pun dah masak.
Kuah Durian
1 biji durian - keluarkan isinya
700ml santan segar
500ml air (atau secukupnya)
2 ketul gula melaka (resipi asal 1 ketul gula melaka dan 1/2 cawan gula pasir)
1 helai daun pandan
2 cawan air (satukan dengan gula, masak hingga larut dan tapis)
1  camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
  • Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masak sehingga mendidih. Tambahkan sedikit garam.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum.
  • Kacau rata dan masak sehingga pekat.

Bengkang Gandum Inderawasih

 


1 cawan gula
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
7 cawan bancuhan santan dengan air daun pandan (santan lebih kurang 180gm)
sedikit serbuk jintan manis (masukkan dalam bancuhan air daun pandan)
4 sudu besar butter


Satukan gula dengan butter.
Masukkan telur yang dipukul.
Masukkan tepung dan santan serta daun pandan.
Kacau rata.
Tapiskan ke dalam acuan.
Bakar pada suhu 180 djh Celcius, selama 120 minit.

Nota:
Got this recipe from my mom-in-law.  Yummy.

Laksa Johor 

 

Resipi ni saya dapat dari Nenek (tak tau nama sebenar).  Panggil nenek aja.  She is my father in-law's cousin punya mother in-law. Orang selatan.  Jadi dalam berbual-bual, saya pun risik resipi Laksa Johor. Resipi main risik-risik ni,  sukatan lebih kurang la...yang penting menjadi.

Ikan tenggiri - direbus dan diambil isinya (lagi banyak lagi sedap)
Udang hidup - 1/2 kilo (direbus)

Dikisar halus:
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
 Seinci halia
Sedikit lengkuas
3 batang serai
Segenggam udang kering
2 keping isi ikan kurau kering

1 paket / 4 sudu besar rempah kari ikan
2 -3 sudu besar kerisik
Santan secukupnya

Daun kesum
Bunga kantan

Spaghetti
Timun
Taugeh
Sambal belacan


  • Tumis bahan yang dikisar halus.
  • Masukkan rempah kari dan kerisik, dan biarkan sehingga wangi.
  • Masukkan isi ikan dan udang (juga dikisar bersama).
  • Masukkan santan secukupnya.
  • Bila telah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan ke dalam kuah. Dan seperti biasa, perisakan dengan garam, gula dan lada secukup rasa.
  • Renih sehingga kuah agak pekat.
  • Hidangkan dengan spagehtti (dicelur), timun, taugeh (dicelur) dan sambal belacan.  Boleh tambah telur rebus.

Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang
300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
Bahan-bahan (kari ayam)
200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara (roti jala)
  1. Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
Cara-cara (kari ayam)
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Optional – tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit. Ayam boleh digantikan dengan daging. Ikut citarasa masing-masing.

OM: Resepi daripada mak saya. Roti jala sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa. :-)

 Cucur Udang Rangup

Bahan2
3 ½  cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)
1 ¼  sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½  cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng


Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.  
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata.  Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata.  Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.  Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya)
 Resepi Cucur Udang dan Kuah Kacang




Resepi:
  • 1 cawan tepung gandum (1 sudu besar tepung diasingkan)
  • Beberapa ekor udang (untuk diletakkan di atas cucur)
  • kucai
  • 1 biji bawang dihiris halus
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • pewarna kuning atau serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas
2.Masukan Yis kering kedalam Tepung kacau rata.
3.Masukan garam,daun kucai, perwarna kuning ke dalam tepung.
4.Masukan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat dan pekat.Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu bangkit.
5.Panaskan kuali.Tentukkan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu keras.Medium memadai.Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak.Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.
6.Tepung yang diasingkan (1 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat.Masukkan udang besar yang dibersihkan supaya belumur dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.
7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.
8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan minyak gelembong udara akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.


Resepi kuah kacang pula saya intai resepi Azlita dari blog masam manis DI SINI. Owner asal resepi ni adalah Dayang Jack di my resepi. Percubaan pertama membuat kuah kacang. Husband kata sedap cuma kurang pedas. Kalau ikutkan resepi asal letak 5 sudu besar cili kisar tapi stok kat dapur boleh dapat 2 sudu je. Memang tak pedas
  • 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai*
  • 1/2 inci halia *
  • 3 cm lengkuas*
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
  • 2 sudu makan gula merah/gula melaka
  • garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
  • air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
  1. Kisar bahan2 bertanda *
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya. Hidangkan setelah masak.
  5. Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
* untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

Cucur udang bersama kuah kacang segera


Cucur Udang
Tepung gandum
Udang secukupnya
daun kucai
hirisan bawang
Taugeh
garam dan serbuk kunyit
air

**gaul semua bahan dan bancuhkan dengan air, kepekatan aduanan ala-ala mcm kuih cekodok...baha-bahan seperti taugeh, daun kucai dan bawang lagi banyak lagi meriah!
**Rendam senduk dalam minyak panas sekejap, kemudian sudukan adunan ke dalam senduk tadi. masukkan adunan bersama senduk2 tersebut ke dalam minyak panas tersebut, biarkan seketika sebelum keluarkan cucur udang dari senduk tersebut dengan garpu. goreng hingga kekuningan..

Kuah Kacang Express

2 cawan kacang tanah
4 tangkai cili kering
gula sesedap  rasa
garam secukup rasa

*Goreng kacang dengan cili kering hingga garing dan kemudian blend dengan menggunakan blender kering bersama garam dan gula.

bancuh bersama air panas, tambah gula dan garam jika perlu...Siap!


Daging Burger 

 

Akibat suka menonton Channel 707 dan 703 di Astro, hubby mintak saya buatkan sendiri daging burger.  Macam yang Jimmy Oliver tunjuk.  Cari-cari kat internet, terjumpa dengan resipi ni....

1 kilo daging
- kisar dalam food processor.  Saya gunakan daging batang pinang.

1 labu bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih - didadu
1 biji tomato - didadu (resipi asal gunakan tomato paste, tapi sebab tak ada kat rumah masa tu dan malas nak pergi kedai, saya gunakan tomato segar)
2 sudu besar serbuk roti
1 biji telur
Sedikit lada hitam yang dikisar (Jimmy Oliver kata, "freshly grounded")
Sedikit garam dan gula
3-4 sudu besar minyak zaitun

Gaulkan semua bahan di atas dengan daging kisar tadi.
Bentukkan macam daging burger (saya gunakan acuan untuk buat telur goreng mata kerbau)
Bekukan dalam peti sejuk.

MI KARI


  
500 g mi kuning } dicelur
300 g taugeh }
1 kg kerang, direbus & kupas
2 keping tauhu, digoreng & dihiris

2 pokok sawi, dipotong & dicelur

4 biji telur, direbus & dibelah 2

4 tangkai daun bawang }

3 biji cili merah } dihiris

2 biji limau nipis }


Bahan Kuah:

3 camb minyak

4 cm kulit kayu manis } bahan

2 kuntum bunga cengkih } penumis

2 kuntum bunga lawang }

6 biji bawang merah }

3 ulas bawang putih } dikisar halus

1 labu bawang besar }

1 tangkai daun kari

4 camb rempah kari

1/2-1 camb serbuk cili

400 g ayam, dipotong kecil

1.5 l santan (dari 2 biji kelapa)

1 keping asam gelugur

2 keping kek ikan, dihiris nipis

1 paket bebola ikan, dibelah 2

1 paket bebola tauhu, dibelah 2


Cara membuatnya:

1 Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, bahan kisar dan daun kari.

2 Bila naik bau, bubuh pula rempah kari dan kacau 2 minit.

3 Masukkan pula ayam, kacau rata hingga terbit minyak.

4 Tuangkan santan dan bubuh asam gelugur. Kacau sekali-sekala.

5 Bila kuah menggelegak, masukkan kek ikan, bebola ikan dan bebola tauhu. Biar mendidih semula sebelum diangkat.

6 Hidangkan mi dengan tauhu, kerang dan lain-lain bersama kuah.


*Sesuai sebagai juadah Rumah Terbuka juga. Letak kuah dlm periuk elektrik supaya kekal panas.

Tuesday, July 12, 2005


Cucur Udang

Cucur Udang
 

Bahan-bahan

500g tepung gandum
100 g taugeh
2 biji telur
300g udang basah (kalau suka bubuh banyak, kalau tak sikit saja lah)
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit (ini untuk lebih menarik warna cucur udang tu dan hilangkan bau hanyir udang basah tu)
daun bawang (dihiris lebih kurang 1 inci panjang)
1 labu bawang besar dia mayang nipis
20-30 g ikan bilis (Optional, kalau suka)
Air

Cara membancuh adunan.

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan air secukupnya.
3. Gaul sehingga sebati.
4. Tambah air jika nampak adunan keras atau melekat-lekat pada mangkuk.
5. Adunan yang elok cukup pekat adalah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau dia scoop dgn sudu dan di biarkan jatuh semula, adunan tidak lah jatuh dengan deras/cepat. (Terlalu cair -tambah tepung)
Kalau adunand tidak jatuh langsung, terlalu pekat - tambah air.
6. Adunan akan berwarna kuning.
7. Panaskan minyak di dalam kuali, scoop satu sudu sekali, masukkan ke dalam minyak yang panas. Goreng sampai tepung sudah masak.

Banyak cara nak buat cucur udang ni, resepi di atas adalah yang aunty selalu buat. Cara-cara membuat cucur udang ni ada kat blog Badrul kitchen tour. dengan gambar sekali. Senang saja sebenarnya.

Cucur udang boleh di cicah dengan kuah kacang atau sos cili (tengok resipi nasi minyak tu)

Untuk Kuah Kacang

Bahan-bahan

100 g Kacang tanah yang siap di goreng dan di tumbuk
Asam jawa (lebih kurang sebesar duit 50 sen) digoreng + dicampur air untuk keluarkan airnya.
5 tangkai cili kering di goreng dang di tumbuk halus
garam
gula
sedikit belacan (kalau suka - optional) digoreng and di tumbuk halus
sos cili (kalau suka)
sedikit kicap manis

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut di atas ke dalam mangkuk. Adjust air mengikut kelikatan yang diingini.

Agar-agar Serikaya

 

Sebulan dah tak update blog ni.  Mulakan dengan resipi pencuci mulut...resipi tok.

10gram agar-agar
6 sudu besar gula
Masakkan dengan 2 gelas air sehingga hancur dan tapiskan.

1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar santan
Air daun pandan
Pukul bersama sehingga kembang

Masakkan semula agar-agar tadi ke atas api dan masukkan adunan gula-telur.  Kacau selama 10 minit. 

Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.  Sejukkan.

DONUT LEMBUT DAN GEBU 

 

  

BAHAN2
1. 500g tepung gandum blue key
2. 1 biji telur
3. 1 pkt yis segera
4. 2 sudu besar gula
5. 2 sudu besar susu sejat
6. 3 sudu margerin
7. 2 sudu teh pelembut doh
8. 2 sudu teh shortening (lelemak sayuran)
9. 200nl air suam (lebih banyak susu dan pelembut lebih sedap...)
CARA2
1. Air suam , yis dan gula dibancuh dan biarkan selama 8 minit
2. Gaulkan semua bahan 1,2,6,7 , 8 hingga rata.
3. masukkan bancuhan 1 dan gaul hingga tidak melekat di tangan
4. Biarkan sehingga doh naik 2x ganda. biasanya 15-30 jam.
5. Bentukkan doh bulat ikut saiz yang dikehendaki.
6. Goreng dalam minyak sederhana panas.
7. Golekkan di dalam gula halus.

Resepi ke 2 Donut Lembut

Donut 

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...
AGAR-AGAR PANDAN


Bahan-bahannya

50 gram agar-agar lengkong (agar-agar strips)

2,500 ml air

200 gram gula batu

550 gram gula pasir

6 helai daun pandan

1 kotak kecil santan pekat 200 ml, digaul dengan 200 ml air

6 biji telur

sedikit pewarna hijau

Loyang agar-agar



Cara-caranya

Rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Masukkan sekali daun pandan. Selepas itu masukkan gula batu dan rebus lagi sehingga gulanya larut. Kemudian masukkan gula pasir. Biarkan ia mendidih lama sedikit supaya semua gulanya hancur. Setelah itu tapis.



Masak lagi diatas api. Masukkan pewarna hijau. Sementara itu, kocak telur dengan santan pekat dan air sehingga rata. Taburkan sedikit garam. Perlahan-lahan curahkan kedalam periuk agar-agar. Kacau sehingga rata. Biarkan ia mendidih lagi beberapa minit, supaya kelihatan gumpalan telur disebelah atas.



Perlahan-lahan tuangkan kedalam cetak agar-agar, atau loyang. Biarkan sejuk dan kental baru boleh dipotong. Oleh kerana agar-agar ini mengunakan santan, jangan simpan terlalu lama diluar. Seelok-eloknya setelah sejuk, simpan didalam peti sejuk.


Kastard jagung Berkuah
 Bahan-bahan
• 360 g (3 cawan) tepung gandum berserbuk penaik, diayakkan
Bahan-bahan untuk kastard
• 240 g (1 cawan) tepung kastard
• 20 g (2 sudu makan) gula pasir
• 425 g (1 tin) krim jagung
• 600 ml (3 gelas) air
Bahan-bahan untuk sos
• 350 ml (1 gelas) susu rendah lemak
• 360 ml (1 3/4 gelas) air
• 20 g (1 1/2 sudu makan) tepung kastard
• 5 g (1 sudu teh) esen vanilla
• 75 g (6 sudu makan) gula
• 2 biji telur (putih saja)
Cara memasak kastard
1. Bancuh tepung kastard bersama gula, krim jagung dan air.
2. Jerang atas dapur, kacau hingga masak.
3. Masuk ke dalam acuan dan sejukkan.
Cara membuat sos
1. Campurkan semula bahan untuk dibuat sos ke dalam bekas.
2. Jerang hingga mendidih dan agak pekat. Biarkan sejuk.
3. Hidangkan bersama kastard.

puding kastard

bahan-bahan:

1.1cawan tepung kastard
2.1cawan gule
3.4cawan air(atau 2cwn air dan 2cwn santan cair/susu cair)

campurkan semue bahan,masak atas api sederhana n kacau selalu
bile dh pekat..tunggu sampai berkilat,or hampir2 jernih then tutup api
masukkan dlm acuan kecik2 atau satu acuan besar yg bley dipotong2 bile dh sejuk

bahan kuah:

1.1tin susu cair(atau santan,atau susu segar)
2.setengah cwn gula (boleh buat tawar kalau puding manis,or manis kalau puding tawar)
3.2sudu tepung kastard

masak bahan2 hingga mendidih sekejap

hidangkan puding dgn kuah dan fruit cocktail(buah-buahan dlm tin)
tambah ais seketul dua untuk rase lebih segar...

selamat mencoba...


Kuih Lopeh 5.50
Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia
Hits: 1268 Rating: 5.50 Review: 1
Bahan-Bahan:
3 cawan beras pulut
10 helai daun pandan ditumbuk halus
3 cawan air
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang
Kelapa dibuang ari diparut dan digaul sedikit garam.
Bahan untuk kuahnya:
1 cawan gula merah (melaka)
½ cawan gula putih dimasak dengan 2 cawan air
1 helai daun pandan dan sedikit jintan manis
Gula larut tapis
Cara:
Daun pandan yang ditumbuk halus diperah bersama 3 cawan air. Tapis beras pulut dimasak dengan tiga cawan air pandan sehingga airnya kering. Tutup periuk sekejap. Angkat. Bentangkan daun pisang. Letakkan sepuluh sudu makan adunan pulut (mengikut panjangnya daun pisang. Gulung kejap-kejap dan kukus selama 30-40 minit. Toskan. Manakala hendak dihidangkan potong dengan benang setebal setengah sentimeter. Gulingkan ke dalam kelapa parut.

murtabak segera

Dscf5178
sgt mudah disediakan..

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Dscf5170
    apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Dscf5173
    pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Dscf5176
    goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak. 
sumber : myresepi 

Murtabak Daging

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Alhamdulillah nampaknya talian internet dah pulih semula. Dengan senang hatinya hari ini saya letakkan di sini menu yg saya buat petang tadi iaitu murtabak daging. Bahan kulit murtabak ni sama dngn doh roti canai. Resepi doh ini saya ambil dari rumah Ros yg memang pakar memasak. Izinkan akak C&P resepinya di sini ya Ros...terima kasih banyak2.

** (Joayee@myresipi.com) **1 bawang-potong nipis2**6 biji telur-atau secukupnya


Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)
Untuk Kuah Bawang Merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili maggi
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam
  1. Cara buat kuah bawang merah...... hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.
BAHAN2 UTK INTI MURTABAK:
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.
sumber: YATI

  PADPRIK CAMPUR

Ingredients :

4 onion ~ pounded
3 garlic ~ pounded
1 onion ~ sliced (ring)
3 tablespoons chili paste
a bit of tamarind juice
2 tablespoons oyster sauce
a bit of dark soy sauce
salt and sugar to taste

a few squids
5 prawns
a bit of chicken fillet ~ sliced
carrot ~ sliced slanting
long beans
cauliflower
kaffir leaves (daun limau purut)

Method :

1. Saute pounded onion and garlic till fragrant.
2. Add in chilli paste and fry till chilli is well cooked. Add in oyster sauce and dark soy sauce.
3. Add in tamarind juice and stir till thick.
4. Add in carrots and cook till carrots are tender.
5. Add in chicken fillet and the other vegetables.
6. Add in squids, prawns and kaffir leaves.
7. Add in the ring onions.
8. Finally, add in salt and sugar to taste.
9. To be served with white rice.

Note :
The padprik that I cooked that day is simpler than the one in the recipe. It's because I don't have squids, long beans and cauliflower, but still the taste is YUMMY!SUMBER : koleksiresepiku

Mac N Cheese Puteri Dee
Bahan-bahannya

1 paket (500 gram) pasta yang sesuai seperti macaroni, spiral atau sebarang bentuk pasta lain yang disukai

220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti Prego 400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, dadu

3 ulas bawang putih, dicincang

2 - 3 helai bay leaves (kering)

Sedikit rempah oregano

Garam dan gula secukup rasa

* Rempah oregano & bay leaves boleh dikecualikan sekiranya menggunakan sos spaghetti segera



1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut

500 - 600 ml susu segar

3 sudu besar tepung gandum



Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah : Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese : Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese : Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan.










Claypot Yee Mee

Bahan-Bahan
Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.

Cara memasak:
•Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
•Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
•Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
•Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain) macam tengok kat kedai makan tu.


Laksa Johor

Bahan-Bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara memasak:
•Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
•Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
•Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
•Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk Ulam:
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

Mee Bandung

Bahan-Bahan
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara memasak:
•Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
•Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
•Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
•Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
•Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
•Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

Mee Rebus

Bahan-Bahan
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
•Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak

dan berbau wangi.
•Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
•Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
•Biarkan mendidih dan siap untuk di hiding

Bahan-bahan:
200ml yogurt perasa semulajadi (boleh dibeli dari pasaraya)

1 liter susu (kalau suka guna susu rendah lemak)

Cara membuatnya:

Didihkan susu dan biarkan sebentar sehingga suam (secara saintifiknya 37oC ). Masukkan yogurt (ianya mengandungi bakteria kultur). Kacau dan tutup rapat. Eram semalaman (16-20 jam) pada suhu bilik (30oC) atau letak atas peti sejuk (suhu agak tinggi disini ~37 oC).
Hasilnya anda akan mendapat susu yang mempunyai tekstur agar likat=yogurt. Boleh tambahkan perisa (kordial atau gula) dan juga buah-buahan. Kalau tambah air (2/3 dari sukatan yogurt anda akan dapat lassi).

Simpan dalam peti sejuk untuk menghalang bakteria kultur dari terus memfermentasi. Yogurt yang telah anda buat itu boleh digunakan sebagai kultur untuk membuat lebih banyak lagi yogurt.

KFC

Before you cook the chicken it has to be marinated.
The original way that the Colonel used to produce his
chicken was to marinate it. The following Marinate
recipe is still used today at KFC for the Crispy Strips
which are marinated daily in 40 to 80 lbs at a time,
however the amount of this marinade is only good for about 15 lbs of chicken.

The Kentucky Fried Chicken Marinate:
2 tablespoons Potassium
2 tablespoons Kosher Salt
4 tablespoons MSG
1/8 teaspoon Garlic Powder
1/3 cup Bottled Chicken Concentrate
5 cups water
Mix all of the above and soak the chicken in the above marinate for
24 hours under refrigeration.

The Original Recipe is not packaged in three different places. The way it is cooked and the process makes it taste like it has eleven herbs and spices when in reality there is not. The way it is done in the restaurant is using dried eggs and milk in the flour along with a box of breading salt and the seasoning bag and a bag of breading flour.

KFC ORIGINAL RECIPE:
2 fryer chickens cut up into 8 pieces and marinated
6 cups Crisco Shortening
1 eggs well beaten
2 cups Milk
2 cups Flour
2 teaspoons ground pepper
3 tablespoons salt
1 teaspoon MSG
1/8 teaspoon Garlic Powder
1 dash paprika
Place shortening into the pressure cooker and heat over medium heat
to the shortening reaches 400°F. In a small bowl, combine the egg
and milk. In a separate bowl, combine
the remaining six dry ingredients. Dip each piece of chicken into the
milk until fully moistened. Roll the moistened chicken in the flour
mixture until well coated. In groups of four or five, drop the covered
chicken pieces into the shortening and lock the lid. When pressure
builds up cook for 10 minutes. RELEASE TO MANUFACTURER'S
INSTRUCTIONS

Once he perfected his Extra Crispy he had customers who wanted it
to be spicy and bold so he created his Hot and Spicy Chicken. Here is
his original recipe which has changed a bit in this day and age. It
comes frozen and is cooked frozen and not prepared fresh in many
stores.
Hot and Spicy Chicken:
1 whole frying chicken, cut up and Marinated
6-8 cups shortening
1 egg, beaten
1 cup milk
2 cups all-purpose flour
2 1/2 teaspoons salt
3/4 teaspoon pepper
1 teaspoon white pepper
3/4 teaspoon Cayenne Pepper
3/4 teaspoon MSG
1/8 teaspoon Garlic Powder
1/8 teaspoon Baking Powder
Trim any excess skin and fat from the chicken pieces. Preheat the
shortening in a deep-fryer to 350 degrees. Combine the beaten egg
and milk in a medium bowl. In another medium bowl, combine the
remaining coating ingredients When the chicken has marinated,
transfer each piece to paper towels so that excess liquid can drain
off. Working with one piece at a time, dip in egg and milk then coat
the chicken with the dry flour mixture, coated very generously. Stack
the chicken on a plate or cookie sheet until each piece has been
coated. Drop the chicken, one piece at a time into the hot
shortening. Fry half of the chicken at a time (4 pieces) for 12-15
minutes, or until it is golden brown. You should be sure to stir the
chicken around halfway through the cooking time so that each piece
cooks evenly. Remove the chicken to a rack or towels to drain for
about 5 minutes before eating.


Jelly Buah Tropicana Kastad



Buah-buahan tropika kegemaran:
4 biji mangga, potong kiub
1/2 biji nenas - potong kiub
Longan
Rambutan
Nangka

2 kotak Jelly segera - perisa raspberry

Masukkan semua buah dalam mangkuk.  Gaul rata.
Bancuh jelly ikut arahan.  Tuangkan ke atas buah-buahan tadi.  Masukkan dalam peti sejuk.

Kuah Kastard:

1 tin susu cair
2 1/2 tin susu air
1 biji telur - dipukul
2 sudu teh vanilla
6 sudu besar tepung kastard
9 sudu besar gula

Satukan semua bahan.  Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat.
Sejukkan sebelum dihidangkan dengan jelly buah tadi.