RESEPI MEE






Photo

MI KARI


  
500 g mi kuning } dicelur
300 g taugeh }
1 kg kerang, direbus & kupas
2 keping tauhu, digoreng & dihiris
2 pokok sawi, dipotong & dicelur
4 biji telur, direbus & dibelah 2
4 tangkai daun bawang }
3 biji cili merah } dihiris
2 biji limau nipis }

Bahan Kuah:
3 camb minyak
4 cm kulit kayu manis } bahan
2 kuntum bunga cengkih } penumis
2 kuntum bunga lawang }
6 biji bawang merah }
3 ulas bawang putih } dikisar halus
1 labu bawang besar }
1 tangkai daun kari
4 camb rempah kari
1/2-1 camb serbuk cili
400 g ayam, dipotong kecil
1.5 l santan (dari 2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
2 keping kek ikan, dihiris nipis
1 paket bebola ikan, dibelah 2
1 paket bebola tauhu, dibelah 2

Cara membuatnya:
1 Panaskan minyak, masukkan bahan penumis, bahan kisar dan daun kari.
2 Bila naik bau, bubuh pula rempah kari dan kacau 2 minit.
3 Masukkan pula ayam, kacau rata hingga terbit minyak.
4 Tuangkan santan dan bubuh asam gelugur. Kacau sekali-sekala.
5 Bila kuah menggelegak, masukkan kek ikan, bebola ikan dan bebola tauhu. Biar mendidih semula sebelum diangkat.
6 Hidangkan mi dengan tauhu, kerang dan lain-lain bersama kuah.

*Sesuai sebagai juadah Rumah Terbuka juga. Letak kuah dlm periuk elektrik supaya kekal panas.
 
 
Claypot Yee Mee
Bahan-Bahan
Daging ayam (agak-agak aje nak banyak mana)
1 ketul yee mee
Fish cake
fish ball
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Beberapa helai daun sawi
1 biji telur ayam (utk seorang makan)
3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.
Cara memasak:
•Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
•Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
•Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
•Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain) macam tengok kat kedai makan tu.

Laksa Johor
Bahan-Bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa
Cara memasak:
•Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
•Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
•Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
•Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap
Untuk Ulam:
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

Mee Bandung

Bahan-Bahan
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara memasak:
•Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
•Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
•Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
•Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
•Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
•Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

Mee Rebus

Bahan-Bahan
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
•Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak

dan berbau wangi.
•Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
•Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
•Biarkan mendidih dan siap untuk di hiding

Bahan-bahan:
200ml yogurt perasa semulajadi (boleh dibeli dari pasaraya)

1 liter susu (kalau suka guna susu rendah lemak)

Cara membuatnya:

Didihkan susu dan biarkan sebentar sehingga suam (secara saintifiknya 37oC ). Masukkan yogurt (ianya mengandungi bakteria kultur). Kacau dan tutup rapat. Eram semalaman (16-20 jam) pada suhu bilik (30oC) atau letak atas peti sejuk (suhu agak tinggi disini ~37 oC).
Hasilnya anda akan mendapat susu yang mempunyai tekstur agar likat=yogurt. Boleh tambahkan perisa (kordial atau gula) dan juga buah-buahan. Kalau tambah air (2/3 dari sukatan yogurt anda akan dapat lassi).

Simpan dalam peti sejuk untuk menghalang bakteria kultur dari terus memfermentasi. Yogurt yang telah anda buat itu boleh digunakan sebagai kultur untuk membuat lebih banyak lagi yogurt.

No comments:

Post a Comment